Saturday, March 21, 2009

PELANCARAN BULAN VETERINAR PERINGKAT NEGERI MELAKA


Y.B Dato' Mustapa b Mohamed sudi untuk mendengar apa pun masalah yang dihadapi oleh semua penternak-penternak.Saya mengambil kesempatan yang diberi untuk menyampaikan terus kepada Y.B Dato' Mustapa b Mohamed mengenai cadangan dan padangan saya dari Persatuan Penternak Kambing/Bebiri Bumiputra N.Melaka dan juga penternak-penternak yang lain.Saya memberi cadangan dan pandangan mengenai dasar kerajaan kepada Y.B Dato.
1. Skim Insentif
2. Makanan Ternakan
3. Insentif Bahan Api ( Spt Nelayan)
4. Tanah-tanah kerajaan direzabkan untuk Tanah Taman Makanan Kekal

Sempena dengan majlis pelancaran Bulan Veterinar Peringkat Negeri Melaka,penyampaian surat perjanjian ternakan dibawah skim "Trust" diserahkan kepada penternak-penternak yang terpilih untuk skim tersebut,termasuklah saya sendiri.


PELANCARAN BULAN VETERINAR PERINGKAT NEGERI MELAKA







Majlis Pelancaran Bulan Veterinar Peringkat Negeri Melaka,telah dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Y.B Dato' Mustapa b. Mohamed