Thursday, July 31, 2008

PUSAT PENYELIDIKAN DAN TEKNOLOGI KAMBING

Berita baik buat semua warga penternak di Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Sebuah pusat penyelidikan dan teknologi kambing bernilai RM 10 juta dirancang dibina di Serating, Marang, menerusi inisiatif perladangan ternakan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Pusat penyelidikan akan dikenali sebagai Taman Teknologi Kaprima Bestari akan dibangunkan di kawasan 10 hektar dalam Taman Pengeluaran Makanan Kekal.
Taman teknologi kambing yang akan dibangunkan dan diurus Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu akan mengumpul maklumat dan menjalankan penyelidikan mengenai pembiakan kambing selain memodenkan industri penternakan kambing negara dengan ECER sebagai hab utama.
Sebagai penternak, dengan wujudnya pusat tersebut dapat membantu kita semua meminimumkan kos pengeluaran selain mendapat pulangan lebih baik juga mencapai sara diri bekalan daging kambing berikutan negara memerlukan 10 juta kambing setahun.

Tuesday, July 29, 2008

TINJA UNTUK CACING


Industri ternakan kambing sekarang ini sedang pesat membangun dan tidak terkecuali industri-industri yang lain.kita semua sedia maklum menternak cacing juga sudah mendapat tempat dihati masyrakat.
Mixgoats Farm juga turut menerima tempiasnya dengan menerima beberapa tempahan dari pengusaha-pengusaha cacing dari dalam negeri Melaka dan juga luar Melaka.

ribuan terima kasih


Mixgoats Farm mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka diatas kepercayaan yang diberikan untuk menjayakan program 'TRUST'.Permohonan program tersebut telah dipohon oleh Mixgoats Farm pada tahun 14 hb November 2006.
Sokongan dari Pej Veterinar kawasan dan juga Pej.Veterinar Negeri bahagian Industri,akhirnya baru-baru ini 2 ekor penjantan Boer telah sampai ke Mixgoats Farm.Induk Betina akan menyusul iaitu 40 ekor.
Mixgoats Farm akan menjalankan amanah yang diberi oleh pihak Kementerian Perkhidmatan Veterinar dengan sebaik-baiknya demi menjadikan industri ternakan kambing ini mencapai matlamatnya.
Mixgoats farm akan membela kambing-kambing tersebut bagi pihak Jabatan sebelum diagih-agihkan kepada penternak-penternak yang layak

Kunjungan Pengarah Bhg Pembangunan Usahawan Peladang LPP


Mixgoats Farm menerima kunjungan En. Kamalrul Badri Bin Mat Ali Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Peladang,Lembaga Pertubuhan Peladang berserta rombongan.Beliau meluangkan masa melawati dan memberi sokongan moral agar usahawan ternakan boleh berdaya maju dan saing.
Mixgoats farm

Sunday, July 27, 2008

Terima Kasih dan Maaf

Terima kasih buat semua yang melawat blog mixgoatsfarm.
Maaf tidak dapat hendak mengkemaskini blog kerana tengah sibuk untuk persiapan
Hari Penternak,Peladang dan Nelayan peringkat N.Melaka.pada 02-05/8/2008.
Kepada semua warga penternak yang ada kelapangan berkunjunglah ke pameran tersebut.
Banyak input-input yang kita semua boleh dapatkan.Pihak PPKBM akan juga turut serta.
Terima kasih buat Pak Oncu yang banyak menyumbang dalam kewujudan blog ini.