Saturday, July 12, 2008

Kambing di Sidang Dewan Rakyat

Semua warga penternak seharusnya berasa bangga kerana apa yang sedang kita semua usahakan di bahaskan di sidang Dewan Rakyat.
kami dipihak Persatuan Penternak kambing/Bebiri N.Melaka memang mengharapkan sokongan dari pihak kerajaan dalam menangani kenaikan harga makanan ternakan,ubat-ubatan dll.
Perangkaan menunjukkan ada 3,710 penternak kambing diseluruh negara dengan 20 % daripadanya mengusahakan projek berkenaan secara komersial, tradisional 75 % dan integrasi 5 %.
Perangkaan juga menunjukkan bilangan ternakan kambing di seluruh negara pula sudah mencapai 403,592 ekor.
Adalah diharapkan agar semua warga penternak kambing yang berada di negeri-negeri seluruh Malaysia dapat menubuhkan persatuan, agar suara kita warga penternak kambing dapat didengar dan di beri perhatian.

No comments: